Sunday 22 December 2013

Kembara Bumi Sri Lanka ~ Day 3

salam... semua...
hari ketiga nie... berat sikit... sebab bnyak bende yang perlu diselesaikan dengan waktu yang xbegitu panjang...
n banyak gak bende2 yang boleh sy belajar...hehe
so jom bace yee.....

Tempat: Ishaq Guest House, Hambantota. Hotel Punsisi Delhouse.
Tarikh: 15 Oktober 2013 (Selasa)

Pagi tu semua bangun awal... Sebahagian peserta lelaki pergi berjalan di tepi pantai membantu nelayan2 dsitu menaikan hasil tangkapan dan Melawat Masjid Putih yang terselamat dari Thusunami... tempat2 tu xjauh pun dari tempat penginapan kteowg.. malangnya saya bangun lambat sikit pagi tu... xberkesempatanlarh jwbnye..



amboiii... rajinn bbenor mengkome semua...

pelbagai aksi yg dilakukan oleh peserta2 disitu. kalah orang kt situ naik kan smpan..haha XD

masjid Putih~

habis dorg jenjalan....terus bersarapan.. tpy sye kurang selera n xmkan pun pagi tu...hehe minum teh jee buat panas badan..



amboii... selera dorg nie.... bagus2 bagi pehabiss.... xmmbazir..


pada jam 8.30 pagi, kami terpaksa divide 2 team untuk melancarkan aktiviti yg telah dirancang kerana kekangan masa... sebahagian kecil daripada kami  iaitu seramai 6 orang peserta termasuk saya yee.. telah pergi ke sebuah masjid di perkampungan melayu islam iaitu Masjidul Jaamiul Khairath yang terletak di kawasan pedalaman dengan menaiki van kerana keadaan jalan di sana yang tidak sesuai untuk menggunakan bas. Sementara yang selebihnya, menyiapkan barang sumbangan yg akn diedarkan utk penduduk kampung disitu...


tu dia... gotong royong semua... nak asing2kan pakaian..

termenung sebentar.... hehe

  Kedatangan kami ke sana  atas  urusan penyerahan lembu korban yang telah disumbangkan dari malaysia sebanyak lapan ekor kepada orang islam Sri lanka untuk korban pada Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada tarikh 16 Oktober 2013. sebelum ke Masjid kami pergi melihat lembu2... perjalanan sangat adventure,,.. dah macam masuk safari kt Malaysia.. gajah pun ada tpi yang mati je yang tertinggal haha


klu perasaan mcm ada rangka pondok kt atas pokok tu...

anginnnn menderuuu~~~ lala..~~

merak berkeliaran...

lembu2 liar.. 

Di Sri Lanka.. lembu tidak boleh diikat sesuka hati kerana majoriti rakyat Sri Lanka beragama Buddha dan ini termasuk2 dalam akta undang2 Sri Lanka.. Lembu boleh diikat pada hari sembelihan sahaja dan penyembelihan boleh dilakukan dikawasan yang kedalaman bagi menghormati kepercayaan agama lain. 

misi kami dalam program ini, menyerahkan 8 ekor lembu diempat buah daerah yg berbeza..
1. Napawalla, Avissawella. seekor lembu disembelih pada (16/10/2013)
2. Colombo. seekor lembu disembelih (16/10/2013)
3. Hammantota. (tmpat yg kami sedang pergi) 6 ekor lembu disembelih ( 18/10/2013)
4. Dharga Town. seekor lembu disembelih (17/10/2013)

setelah itu kami ke masjid bagi menyerahkan amanah kepada Imam Masjid Khairath. sementara menunggu imam, kami singgah disebuah sekolah islam komuniti melayu.. Biarpun keadaan sekolahnya agak daif kesan thusunami tempoh lalu... kami disambut baik oleh pihak sekolah itu.. kami berkongsi cerita dan pendapat disana..



Masjid Khairath~

sekolah muslim Malay-Colony

berkongsi cerita~

warga sekolah bersama guru2..

kenangan di depan sekolah bersama2 guru

Azan zohor berkumandang di masjid, imam datang dan  kami pun menyerahkan amanah penyembelihan dan pengedaran kepada orang2 Hammantota. sesi akad berjalan dengan lancar.


penyerahan sedang dijalankan.. mewaklil 42 nama yg menyumbang

bersama Imam dan orang2 masjid.. pakcik yg pakai kopiah putih tu boleh berbahasa melayu dengan lancar...

Sebahagian lagi peserta yang tinggal di Ishaq Guest House berkesempatan mengagihan pakaian sumbangan kepada penduduk sekitar perkampungan melayu islam. Pada jam 9.30 pagi, penduduk dari kampung berdekatan mula datang ke Ishaq Guest House.


penduduk kampung tiba..

Kedatangan mereka disambut dengan mesra oleh peserta2 korban. Setiap peserta mengambil peluang ini untuk beramah mesra dan berkenalan dengan komuniti melayu islam di sana. Yang menariknya mengenai komuniti melayu islam di sana ialah sebahagian daripada mereka boleh memahami bahasa melayu dan beberapa daripada mereka boleh bertutur dalam bahasa melayu dengan baik. 


sesi beramah mesra dengan penduduk disana~

amboi.. sempat snap pic lagi tu... sedih xberkesempatan nk jumpe komuniti ni...

aduh... Zami angkat jee.. budak tu da nk nges... aishhhh....

Kebanyakan daripada komuniti melayu islam disini terlibat dengan tragedi tsunami yang berlaku di Hambantota pada 10 tahun lalu yang telah mengorbankan sebilangan daripada ahli keluarga mereka. ada dikalangan mereka bercerita.. saat2 thusunami  datang.. perumahan2 tepi pantai habis kesemuanya ditelan ombak... mereka berlari menyelamatkan apa yang ad ddepan mata sahaja sbb kjadian itu berlaku dengan pantas.. ramai yg meninggal pada saat kejadian itu..

Kami mula mengagihkan pakaian-pakaian sumbangan rakyat Malaysia kepada penduduk komuniti yang hadir pada jam 10.30 pagi.


muat x yee....hehe

pengagihan sedang dijalankan...

Sebelum komuniti melayu pulang ke rumah masing-masing, para peserta bersama komuniti melayu bergambar beramai-ramai di perkarangan luar Ishaq Guest House sebagai kenangan terakhir bersama mereka.


 
bergambar bersama penduduk Hammantota

Kemudian, peserta bersiap-siap untuk bertolak ke Adam's Peak yang terletak di Ratnapura yang perjalanannya mengambil masa hampir enam jam perjalanan sambil menunggu ketibaan kteowg dari masjid. sesi fotografi bersam tuan rumah..


setelah itu, kteowg meneruskan perjalanan pada jam 2.00 petang ke Adam's Peak. cerun2 memang banyak waktu ondeway k Hotel.. sangat dasyat n menerujakan...haha lupa nk gtau... waktu dalam perjalanan tu kteowg ad buat aktiviti gak.. tpi aktiviti ringan jee dalam group..haha dalam sejam gitu.. main isi tmpat kosong...haha cc- ajk aktiviti 
pastu semua lelap...haha



view ondeway tuu...

nmpak bus tu kan... one way je jaln...haha


lebih kurang jam 8.40 malam kami sampai di Hotel Punsisi Delhouse. Suhu time tuu.. xsampai takat beku pun.. tpi memang seriously sejuk... cheak in Hotel semua tdo.. esok nk naik Adam's Peak..
sambung Day 4 yee...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...