Sunday 22 December 2013

Kembara Bumi Sri Lanka ~ Day 3

salam... semua...
hari ketiga nie... berat sikit... sebab bnyak bende yang perlu diselesaikan dengan waktu yang xbegitu panjang...
n banyak gak bende2 yang boleh sy belajar...hehe
so jom bace yee.....

Tempat: Ishaq Guest House, Hambantota. Hotel Punsisi Delhouse.
Tarikh: 15 Oktober 2013 (Selasa)

Pagi tu semua bangun awal... Sebahagian peserta lelaki pergi berjalan di tepi pantai membantu nelayan2 dsitu menaikan hasil tangkapan dan Melawat Masjid Putih yang terselamat dari Thusunami... tempat2 tu xjauh pun dari tempat penginapan kteowg.. malangnya saya bangun lambat sikit pagi tu... xberkesempatanlarh jwbnye..



amboiii... rajinn bbenor mengkome semua...

pelbagai aksi yg dilakukan oleh peserta2 disitu. kalah orang kt situ naik kan smpan..haha XD

masjid Putih~

habis dorg jenjalan....terus bersarapan.. tpy sye kurang selera n xmkan pun pagi tu...hehe minum teh jee buat panas badan..



amboii... selera dorg nie.... bagus2 bagi pehabiss.... xmmbazir..


pada jam 8.30 pagi, kami terpaksa divide 2 team untuk melancarkan aktiviti yg telah dirancang kerana kekangan masa... sebahagian kecil daripada kami  iaitu seramai 6 orang peserta termasuk saya yee.. telah pergi ke sebuah masjid di perkampungan melayu islam iaitu Masjidul Jaamiul Khairath yang terletak di kawasan pedalaman dengan menaiki van kerana keadaan jalan di sana yang tidak sesuai untuk menggunakan bas. Sementara yang selebihnya, menyiapkan barang sumbangan yg akn diedarkan utk penduduk kampung disitu...


tu dia... gotong royong semua... nak asing2kan pakaian..

termenung sebentar.... hehe

  Kedatangan kami ke sana  atas  urusan penyerahan lembu korban yang telah disumbangkan dari malaysia sebanyak lapan ekor kepada orang islam Sri lanka untuk korban pada Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada tarikh 16 Oktober 2013. sebelum ke Masjid kami pergi melihat lembu2... perjalanan sangat adventure,,.. dah macam masuk safari kt Malaysia.. gajah pun ada tpi yang mati je yang tertinggal haha


klu perasaan mcm ada rangka pondok kt atas pokok tu...

anginnnn menderuuu~~~ lala..~~

merak berkeliaran...

lembu2 liar.. 

Di Sri Lanka.. lembu tidak boleh diikat sesuka hati kerana majoriti rakyat Sri Lanka beragama Buddha dan ini termasuk2 dalam akta undang2 Sri Lanka.. Lembu boleh diikat pada hari sembelihan sahaja dan penyembelihan boleh dilakukan dikawasan yang kedalaman bagi menghormati kepercayaan agama lain. 

misi kami dalam program ini, menyerahkan 8 ekor lembu diempat buah daerah yg berbeza..
1. Napawalla, Avissawella. seekor lembu disembelih pada (16/10/2013)
2. Colombo. seekor lembu disembelih (16/10/2013)
3. Hammantota. (tmpat yg kami sedang pergi) 6 ekor lembu disembelih ( 18/10/2013)
4. Dharga Town. seekor lembu disembelih (17/10/2013)

setelah itu kami ke masjid bagi menyerahkan amanah kepada Imam Masjid Khairath. sementara menunggu imam, kami singgah disebuah sekolah islam komuniti melayu.. Biarpun keadaan sekolahnya agak daif kesan thusunami tempoh lalu... kami disambut baik oleh pihak sekolah itu.. kami berkongsi cerita dan pendapat disana..



Masjid Khairath~

sekolah muslim Malay-Colony

berkongsi cerita~

warga sekolah bersama guru2..

kenangan di depan sekolah bersama2 guru

Azan zohor berkumandang di masjid, imam datang dan  kami pun menyerahkan amanah penyembelihan dan pengedaran kepada orang2 Hammantota. sesi akad berjalan dengan lancar.


penyerahan sedang dijalankan.. mewaklil 42 nama yg menyumbang

bersama Imam dan orang2 masjid.. pakcik yg pakai kopiah putih tu boleh berbahasa melayu dengan lancar...

Sebahagian lagi peserta yang tinggal di Ishaq Guest House berkesempatan mengagihan pakaian sumbangan kepada penduduk sekitar perkampungan melayu islam. Pada jam 9.30 pagi, penduduk dari kampung berdekatan mula datang ke Ishaq Guest House.


penduduk kampung tiba..

Kedatangan mereka disambut dengan mesra oleh peserta2 korban. Setiap peserta mengambil peluang ini untuk beramah mesra dan berkenalan dengan komuniti melayu islam di sana. Yang menariknya mengenai komuniti melayu islam di sana ialah sebahagian daripada mereka boleh memahami bahasa melayu dan beberapa daripada mereka boleh bertutur dalam bahasa melayu dengan baik. 


sesi beramah mesra dengan penduduk disana~

amboi.. sempat snap pic lagi tu... sedih xberkesempatan nk jumpe komuniti ni...

aduh... Zami angkat jee.. budak tu da nk nges... aishhhh....

Kebanyakan daripada komuniti melayu islam disini terlibat dengan tragedi tsunami yang berlaku di Hambantota pada 10 tahun lalu yang telah mengorbankan sebilangan daripada ahli keluarga mereka. ada dikalangan mereka bercerita.. saat2 thusunami  datang.. perumahan2 tepi pantai habis kesemuanya ditelan ombak... mereka berlari menyelamatkan apa yang ad ddepan mata sahaja sbb kjadian itu berlaku dengan pantas.. ramai yg meninggal pada saat kejadian itu..

Kami mula mengagihkan pakaian-pakaian sumbangan rakyat Malaysia kepada penduduk komuniti yang hadir pada jam 10.30 pagi.


muat x yee....hehe

pengagihan sedang dijalankan...

Sebelum komuniti melayu pulang ke rumah masing-masing, para peserta bersama komuniti melayu bergambar beramai-ramai di perkarangan luar Ishaq Guest House sebagai kenangan terakhir bersama mereka.


 
bergambar bersama penduduk Hammantota

Kemudian, peserta bersiap-siap untuk bertolak ke Adam's Peak yang terletak di Ratnapura yang perjalanannya mengambil masa hampir enam jam perjalanan sambil menunggu ketibaan kteowg dari masjid. sesi fotografi bersam tuan rumah..


setelah itu, kteowg meneruskan perjalanan pada jam 2.00 petang ke Adam's Peak. cerun2 memang banyak waktu ondeway k Hotel.. sangat dasyat n menerujakan...haha lupa nk gtau... waktu dalam perjalanan tu kteowg ad buat aktiviti gak.. tpi aktiviti ringan jee dalam group..haha dalam sejam gitu.. main isi tmpat kosong...haha cc- ajk aktiviti 
pastu semua lelap...haha



view ondeway tuu...

nmpak bus tu kan... one way je jaln...haha


lebih kurang jam 8.40 malam kami sampai di Hotel Punsisi Delhouse. Suhu time tuu.. xsampai takat beku pun.. tpi memang seriously sejuk... cheak in Hotel semua tdo.. esok nk naik Adam's Peak..
sambung Day 4 yee...

Kembara Bumi Sri Lanka ~ Day 2

salam... semua....
so kite sambung cerite untuk hari yang ke dua...
selamat mmbace.....

Tempat: Rumah Anak-anak Yatim Isha Athul Islam Mawatha, Dharga Town. Tangalle. Hammantota
Tarikh: 14 Oktober 2013 (Isnin)

Pagi2 semua da get ready utk k Isha Athul untuk meneruskan misi pengedaran barang2 sumbangan.

haaa.... tu dia semua sebok dok menyiapkan barang2...

Kehadiran kami di Rumah Anak-anak Yatim Isha Athul Islam pada jam 10.00 pagi disambut dengan mesra dan meriah oleh pihak pentadbiran.


tu dia semua bawak barang.... yg pakai kopeah tu bawak diri jee... 


peserta2 Kembara.. semua rajin2 belaka... semangat yg tinggi utk membantu...


nmpak pun signboard.. xde ar sesat berjalan...haha

sampai sana je pihak pentadbiran Isha Attul menjamu kami dengan sedikit makanan ringan. Sambil makan smbil bercerita background rumah anak yatim ini... dan sambil tunggu tetamu Kehormat mereka juga.. merka sgt ramah dan melayan kami seperti da kenal lame da... Ukhuwah dijalan Allah...

suasana dalam bilik meriah dengan suara ketawa.. apa yg lawak pun kurang pasti...haha dan diserikan lagi dengan tetamu Kehormat dari India....

cite sikitlah yee pasal background rumah nie yee... Isha Athul mula ditubuhkan pada 1979 dan hanya mempunyai 10 orang anak yatim pada permulaannya. Kini, terdapat kira-kira 150 orang anak-anak yatim yang menetap di Isha Athul yang terdiri daripada kanak-kanak lelaki dari umur lapan hingga dua belas tahun.Kebanyakan anak-anak yatim yang menetap di Isha Athul mempunyai pencapaian yang sangat baik dalam bacaan dan hafalan al-quran serta hadis. Bagus2 budak2 kt sini...

keluar dari bilik... terus nampak wajah2 bdk2 nie... sedih tngok dorg... tpi dorg tetap happy bila ad tetamu...

Kemudian, kami dijemput untuk bersama2 ke bangunan Isha Athul Yathama bagi memeriahkan upacara majlis perasmian bangunan baru hasil sumbangan saudara tetamu tadi. Asalnya kami plan utk mngadakan sesi pembelajaran Makhraj Huruf tetapi.. orang da jemput n upacara ini juga amat penting bagi mereka... so kami xnk menghampakan mereka...

upacara dmulakan dengan bacaan suci ayat Al-Quran... sngat lunak bacaan adik tu..


upacara perasmian.. drasmikan.

setelah selesai semuanya, kami dijamu mkn tenghari..


amboiii...selera betul.. makan..

seterusnya, upacara penyerahan barang sumbangan seperti pakaian dan naskah al-quran untuk anak-anak yatim diadakan di masjid yang terletak di Isha Athul. Majlis disempurnakan lagi dengan penyerahan cenderamata penghargaan dari USIM kepada pihak pentadbiran Isha Athul. Majlis diserikan lagi dengan persembahan seperti nyanyian lagu dalam bahasa tamil, alunan merdu al-quran dan qasidah oleh anak-anak yatim di sana. Kami juga mengadakan sedikit perkongsian Motivasi kepada adik2 disana supaya sentiasa bersemangat utk belajar.


menyerahan cenderemata yg xseberapa dari pihak kami...


semuanya ceria...


Kami peserta lelaki turut membuat persembahan nyanyian nasyid untuk menghiburkan anak-anak yatim di sana. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama anak-anak yatim dan pihak Isha Athul sebagai kenangan.

cc- 2 orng kuat d Isha Attul....


nampak orangnya biasa.. ttpi mahir daalam bnyak bahasa...


seterusnya... Kami brtolak meninggalkan Isha Athul pada jam 2.15 petang untuk ke destinasi kami yang seterusnya iaitu perkampungan komuniti melayu islam di Hambantota. Setelah menempuhi tiga jam perjalanan tanpa henti, kami singgah sebentar di pantai Tangalle yang terdapat di sepanjang jalan yang kami lalui untuk menikmati pemandangan yang sangat indah.kalau korang nk tahu... pantai nie pernah ditenggelami ombak Thusunami yang lalu... kesan2nya pun masih ad..


tangella~

ahli rumah yee...haha

peserta2 kembara... 2org missing.. sorg ambik pic, sorg agy epic story...haha

Di sana kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar beramai-ramai. Kemudian, kami meneruskan perjalanan yang berbaki lebih kurang dua jam untuk sampai ke tempat penginapan kami di Ishaq Guest House, Hambantota untuk bermalam di sana.

sesampainya di Hammantota dalam pkul 9.00 mlm wktu Sri Langka... kami dijamu BBQ Hammantota, Roti Prata, Kangkung tidak lupa maggi..haha

kelaparan dalam bas...haha

makan2 n berkongsi idea2 n cerite...~~~

sempat lagi tuuu... adik mau g mana..? haha


tamatlah aktiviti setelah post mortem utk hari ini dijalankan... esok menanti amanah yang lebih besar... malam tu tido bilik sederhana tpi sumbat reramai.. lagi tiga org dberikan keistemewaan... haha..
so sambung Day 3 yee..~~~
klik link Day 3

Saturday 21 December 2013

Kembara Bumi Sri Lanka ~ Day 1

salam semua.. 
rasanye dah lama xupdate story-mory about 5 bulan kot...
sem ni rase memang sangat cepat berlalu.. sebab adanya event2 besar yg perlu dilakukan...
so.. korang bace larh yee.... TRIP TO SRI LANKA~~~
SEBELUM TU, nak bagi tau yg g Sri lanka nie bukan saje vacation makang angin...
tapi sebagai ummat islam yang ingin berbakti kepada sesama islam ringkas cerita (KHIDMAT KOMUNITI)
Program Kembara Korban dberi nama...


Are u ready!!! meh3 bace...

Tempat: Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike, Colombo, Gold Face n sekitar Colombo.
Tarikh: 13 Oktober 2013 (Ahad)

Kami berkumpul seawal 5.00 pagi di hadapan Kolej Kediaman Acacia Avenue untuk mengumpulkan barang-barang sumbangan dan barangan peribadi untuk dimuatkan ke dalam bas.

barang2 sumbangan yg dapat dikumpulkan.. 
senarai barang
- ALQuran
- pakaian2 knk, dewasa
-Iqra
-buku panduan solat versi english n lnn



Kami mula bertolak ke LCCT pada jam 6.15 pagi dengan menaiki bas. Setibanya di LCCT, kami menunaikan solat subuh dan berkumpul semula pada jam 7.20 pagi untuk mendaftar di kaunter pelepasan.


haa... tu dia muka eksaited b4 bertolak k Sri Lanka


Di interview sebentar oleh ajk multimedia.. tetang tujuan k sana..

mengejar flight,... habis semua kne buka wktu pemriksaan b4 naik flight... haha


Pada jam 10.30 pagi waktu Malaysia, kami berlepas ke Sri Lanka. Penerbangan ke Sri Lanka mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan.

kami punya buku merah telah diCop..huhu

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike, Colombo pada jam 1.25 petang waktu Malaysia, kira-kira jam 11.00 pagi waktu tempatan, kami telah disambut mesra oleh pengurus agen pelancongan, Direct Link, Encik Mohammad Inam dan beberapa orang pekerjanya yang akan menguruskan perjalanan kami sepanjang berada di Sri Lanka.

sampai sudah... colombo... :)

tu diaaaa..... banner besau punye......

Kemudian, kami dibawa oleh agen pelancongan tersebut ke tempat penginapan yang terletak di Dehiwala-Mount Lavinia. Lebih kurang sejam setengah perjalanan menaiki bas, kami sampai di Apartment Qi-Mag yang terletak berdekatan dengan pesisiran pantai. 

sampai2... terus melantak... laparee.. sambil mendengar taklimat dari Haji Enaomol , Shaumi n Shamila as our travel guider..

Pada sebelah petang, kami dibawa bersiar-siar di pantai Gold Face. Disana, kami berpeluang melihat keindahan pemandangan matahari terbenam di tepi pantai yang nyaman ditiup bayu laut. Kami juga berpeluang melihat upacara bendera  Sri lanka diturunkan.

upacara penurunan bendera sedang dilakukan....

sideview gold face.... ramai tul orang2 lepak sana...

watak2 utama seri kembara..... haha


tut-tut memang xterlepas ar klu pegi Sri lanka....



antara makan2an yang djual dtepi2 pantai... n banyak lagi... cume xtry je.. keraguan dsitu... tpy ad je org Islam yg jual...

Habis2 jalan2... semua lepak da..haha mengimbau katel di apartment...haha
 so sambung Day 2~~~~
klik link Day 2 yee.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...