Sunday 22 December 2013

Kembara Bumi Sri Lanka ~ Day 2

salam... semua....
so kite sambung cerite untuk hari yang ke dua...
selamat mmbace.....

Tempat: Rumah Anak-anak Yatim Isha Athul Islam Mawatha, Dharga Town. Tangalle. Hammantota
Tarikh: 14 Oktober 2013 (Isnin)

Pagi2 semua da get ready utk k Isha Athul untuk meneruskan misi pengedaran barang2 sumbangan.

haaa.... tu dia semua sebok dok menyiapkan barang2...

Kehadiran kami di Rumah Anak-anak Yatim Isha Athul Islam pada jam 10.00 pagi disambut dengan mesra dan meriah oleh pihak pentadbiran.


tu dia semua bawak barang.... yg pakai kopeah tu bawak diri jee... 


peserta2 Kembara.. semua rajin2 belaka... semangat yg tinggi utk membantu...


nmpak pun signboard.. xde ar sesat berjalan...haha

sampai sana je pihak pentadbiran Isha Attul menjamu kami dengan sedikit makanan ringan. Sambil makan smbil bercerita background rumah anak yatim ini... dan sambil tunggu tetamu Kehormat mereka juga.. merka sgt ramah dan melayan kami seperti da kenal lame da... Ukhuwah dijalan Allah...

suasana dalam bilik meriah dengan suara ketawa.. apa yg lawak pun kurang pasti...haha dan diserikan lagi dengan tetamu Kehormat dari India....

cite sikitlah yee pasal background rumah nie yee... Isha Athul mula ditubuhkan pada 1979 dan hanya mempunyai 10 orang anak yatim pada permulaannya. Kini, terdapat kira-kira 150 orang anak-anak yatim yang menetap di Isha Athul yang terdiri daripada kanak-kanak lelaki dari umur lapan hingga dua belas tahun.Kebanyakan anak-anak yatim yang menetap di Isha Athul mempunyai pencapaian yang sangat baik dalam bacaan dan hafalan al-quran serta hadis. Bagus2 budak2 kt sini...

keluar dari bilik... terus nampak wajah2 bdk2 nie... sedih tngok dorg... tpi dorg tetap happy bila ad tetamu...

Kemudian, kami dijemput untuk bersama2 ke bangunan Isha Athul Yathama bagi memeriahkan upacara majlis perasmian bangunan baru hasil sumbangan saudara tetamu tadi. Asalnya kami plan utk mngadakan sesi pembelajaran Makhraj Huruf tetapi.. orang da jemput n upacara ini juga amat penting bagi mereka... so kami xnk menghampakan mereka...

upacara dmulakan dengan bacaan suci ayat Al-Quran... sngat lunak bacaan adik tu..


upacara perasmian.. drasmikan.

setelah selesai semuanya, kami dijamu mkn tenghari..


amboiii...selera betul.. makan..

seterusnya, upacara penyerahan barang sumbangan seperti pakaian dan naskah al-quran untuk anak-anak yatim diadakan di masjid yang terletak di Isha Athul. Majlis disempurnakan lagi dengan penyerahan cenderamata penghargaan dari USIM kepada pihak pentadbiran Isha Athul. Majlis diserikan lagi dengan persembahan seperti nyanyian lagu dalam bahasa tamil, alunan merdu al-quran dan qasidah oleh anak-anak yatim di sana. Kami juga mengadakan sedikit perkongsian Motivasi kepada adik2 disana supaya sentiasa bersemangat utk belajar.


menyerahan cenderemata yg xseberapa dari pihak kami...


semuanya ceria...


Kami peserta lelaki turut membuat persembahan nyanyian nasyid untuk menghiburkan anak-anak yatim di sana. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama anak-anak yatim dan pihak Isha Athul sebagai kenangan.

cc- 2 orng kuat d Isha Attul....


nampak orangnya biasa.. ttpi mahir daalam bnyak bahasa...


seterusnya... Kami brtolak meninggalkan Isha Athul pada jam 2.15 petang untuk ke destinasi kami yang seterusnya iaitu perkampungan komuniti melayu islam di Hambantota. Setelah menempuhi tiga jam perjalanan tanpa henti, kami singgah sebentar di pantai Tangalle yang terdapat di sepanjang jalan yang kami lalui untuk menikmati pemandangan yang sangat indah.kalau korang nk tahu... pantai nie pernah ditenggelami ombak Thusunami yang lalu... kesan2nya pun masih ad..


tangella~

ahli rumah yee...haha

peserta2 kembara... 2org missing.. sorg ambik pic, sorg agy epic story...haha

Di sana kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar beramai-ramai. Kemudian, kami meneruskan perjalanan yang berbaki lebih kurang dua jam untuk sampai ke tempat penginapan kami di Ishaq Guest House, Hambantota untuk bermalam di sana.

sesampainya di Hammantota dalam pkul 9.00 mlm wktu Sri Langka... kami dijamu BBQ Hammantota, Roti Prata, Kangkung tidak lupa maggi..haha

kelaparan dalam bas...haha

makan2 n berkongsi idea2 n cerite...~~~

sempat lagi tuuu... adik mau g mana..? haha


tamatlah aktiviti setelah post mortem utk hari ini dijalankan... esok menanti amanah yang lebih besar... malam tu tido bilik sederhana tpi sumbat reramai.. lagi tiga org dberikan keistemewaan... haha..
so sambung Day 3 yee..~~~
klik link Day 3

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...